Sunday, April 17, 2011

S.A.B.A.R


hi.. post kali ini nak bercerita tentang hati dan perasaan aku.
Di sini aku sedang menahan kesabaran di sebabkan terbaca kata-kata seseorang dalam fb.. saat ini aku sangat-sangat down sebab aku rasa orang itu sedang mengata tentang diriku.. walaupun tak betul apa yang di perkatakan.. Orang memang macam tu kan. Ikut sedap mulut ja cakap pasal diri kita tapi hal di sebaliknya dorang tak tahu pun apa yang berlaku.. aku geram dan sakit hati tahap dewa tapi aku tak suka memanjangkan cerita, menambahkan lagi kekeruhan yang memang sedia ada itu. 

Kalau la mereka tahu yang aku ney ingin sangat berbaik dengan mereka-mereka di sana. Tapi sayang, aku langsung tak di pandang dari sudut kebaikkan. aku pasrah dengan semua itu sebab boy selalu ingatkan aku ''biarlah mereka cakap yang bukan-bukan tentang u. Biarlah mereka tak suka u.. hakikatnya i tahu u bukan seperti apa yang dorang fikirkan.. sebab mereka tak tahu apa-apa tentang diri u la dan membuatkan mereka buat anggapan masing-masing.. biarkan saja. I ada di sisi u juga so no worries" And now i kept that words.. Ya, biarkan saja mereka walaupun setiap kali terfikirkan mereka aku menjadi stress.. aku tertekan hingga kadang-kadang boy menjadi mangsa kemarahan aku. tapi boy pandai buat aku tenang. kalau boleh mau saja aku akhiri hubungan kami.. believe it or not? aku dah banyak kali mencuba untuk melepaskan diri dari boy because i can't facing that situation anymore. I can't stand with it longer. Yes, i admit my weakness yang mudah give up dengan kata-kata orang yang tak puas hati dengan aku. Ya tuhan, tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dalam hubungan kami serta orang-orang yang tidak senang hati serta merestui hubungan kami ini. amin.


aku tahu masih banyak dugaan lagi yang harus aku tempuhi untuk mengekalkan hubungan kami. terutamanya, aku kena biasakan diri aku dengan family boy yang besar. I try to but i still can't. Mungkin di sebabkan aku ney bukanlah asal dari family yang besar jadi susah sikit nak sesuaikan diri dengan orang ramai. But i want u to know (orang itu) that aku mahu cuba untuk biasakan diri. Perkara serius yang melibatkan dua buah keluarga bukan boleh di pandang rendah. Tapi bolehkah kamu faham situasi aku?? please laa.. jangan judge aku yang bukan-bukan. kalau one day batang hidung kamu sendiri yang terkena dengan apa yang aku hadapi ini, kamu tahu la camana. Aku sudah cukup bersabar dan cuba untuk berfikir secara waras tanpa ingin menyakiti hati di pihak sebelah tapi semua itu tak mungkin akan berjaya kalau mereka masih make their own assumption about myself. kalau betul tak apalah juga, kan. aku boleh terima, tapi apa yang berlaku adalah di sebaliknya. aku rimas!!!! can u guys stop it??? aku juga manusia yang ada hati dan perasaan. aku berdiam diri bukan bermakna aku mengaku yang aku bersalah dan bukan bermakna aku rela di perlakukan sebegitu. malah aku ingin berbaik dengan kalian tapi bagaimana aku ingin mulakan kalau terang-terang hal aku kamu tak hiraukan. aku sedar siapa diri aku. Aku bukanlah baik sangat tapi aku cuba untuk lakukan yang terbaik dengan orang di sekeliling aku.

Mereka semua salahkan aku.. bila aku ada ini, mereka fikir itu mesti dari boy.. dya yang belikan aku. bila aku ada itu pula, mereka fikir juga itu mesti aku minta boy yang belikan untuk aku. semua apa yang aku ada, boy yang belikan kunun. shut up!!! apa?? ingat aku ney dari family yang tidak berkemampuan ka??? Tapi salahkah aku kalau setakat kuar p makan-makan, tengok wayang, window shopping every weekends dengan bf aku?? biasalah tuu. orang couple ba memang macam tuu.. orang lain pun macam tu juga bukan kami saja. Tapi ada banyak correction yang mereka perlu tahu.

1. aku bukan setiap minggu keluar tengok wayang pun dengan bf aku.. buat apa nak tengok wayang kalau tak ada movie yang best kan?? buang duit jer.

2. kalau boleh aku lagi suka masak dan makan di ruma. tapi salahkah kalau sekali sekala ada kelapangan, rasa ingin makan yang sedap-sedap then we goin out cari makanan yang sedap-sedap?? salahka??

3. if we goin out, didn't mean that aku sorang saja yang ajak kuar ba.. kenapalah aku juga yang di anggap macam itu..mau saja cari keburukan aku even sekecil kuman. tapi aspek lain tak di jeling pun. UPSET!

4. if shopping, aku guna duit aku sendiri jua ba. apa juga kamu mau bising-bising ney? mesti fikir bila aku shopping, itu boy yang belanja.. totally wrong!!

5. But salahkah kalau sekali sekala bf spend kita kalau ada benda yang kita suka? aku kalau bf aku ada duit tym tu, aku minta dia spend la. tapi itu pun aku akan bayar balik duit yang bf aku da terguna untuk aku. aku tahu la bf aku tu pun banyak guna duit juga..bayar ccm keta, rumah, makan minum, minyak keta plus bayar itu ini lagi. aku tak lah sekejam yang korang fikirkan tuuu.. masakan aku mau susahkan bf aku sendiri ba. Tolong la fikir-fikir juga sebelum talk nonsense about me..

I want to treat u guys as my sister's..as my brother's.. But how??? please tell me.
One more things, about marriage.. Ingat benda ney macam beli barang di pasar saja ka boleh tawar menawar.. helloo, perkahwinan bukan benda mudah yer. kena prepare dari semua sudut kiri kanan depan belakang dan tengah-tengah. Bukan bila belum mau kawin-kawin sebabnya duit tak ada, ok?! setiap orang ada sebab kenapa belum menuju ke tahap itu. macam aku.. study belum habis.. even dah habis pun kena fikirkan kerja lagi untuk bayar pinjaman, kan? and then kena arrange lagi itu ini untuk persiapan diri dari segi metal dan fizikal. kalau rasa diri belum layak, kenapa harus paksa diri?? I'm not that person. selagi impian aku belum tercapai, kawen benda paling last aku fikir melainkan aku memang sudah betul-betul bersedia menanggung tanggungjawab..

Guys, renung-renungkanlah apa yang korang dah buat sama aku. tolonglah hentikan anggapan buruk kamu terhadapku. aku mohon. Aku ingin sayang korang semua tapi seperti aku tak layak dan ada tembok yang menghalang aku. Sedangkan dalam hati ini, ingin sekali bermesra-mesraan, keep in touch each other, share everything also care each other. But it seem didn't happen since our relationship not so good.

by the way, aku sayang kamu semua. Tak pernah terlintas di fikiran aku inginkan perkara yang buruk-buruk berlaku antara kita. For me, kita semua sama saja level. if i already hurt u guys, thousand apologize from me. sangat-sangat minta maaf. I try to avoid from u all start now on. Thanks for the short moments we together.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Me ! Like Kalau Suka ! ♥

Wednesday, April 13, 2011

Tentang kami - Part 1

Orang kata kalau couple lama-lama, kita akan jadi bosan.. yeke? tapi aku tak setuju dengan orang yang berkata sedemikian.. mungkin orang yang berfikiran seperti itu tak mengerti apa itu rasa kasih dan sayang.. atau trauma kot? never mind laa.. dia-dia la kan.. kita-kita lah.. aku boleh la di katakan dah lama together dgn bf aku tu, tapi so far ok jer pon.. no hal.. makin lama makin sayang pula.. makin kita kenal lama pasangan kita makin kita tahu baik buruk tentang pasangan kita dan kita boleh belajar menerima kekurangan pasangan kita.. bak kata pepatah om poti 'NOBODY IS PERFECT!' right?

Bf aku baik sama aku.. dan sangat-sangat la caring about me.. betul.. tak tipu punya.. watpa nak tipu kan? Lagi tak pernah dia cakap kasar dengan aku.. apatah lagi nak marah.. Bf i penyabar orangnya yet sometimes kalau ada yang aku buat dia sakit hati, memang akan hilang sabar la.. manusia.. biasalah ada had kesabaran juga. betul tak? Kalau aku marah, bf aku selalu pujuk eventhough terang-terang memang aku yang salah.. tapi bf aku kalau boleh nak pikul semua kemarahan aku.. he so kind to me!

Lagi satu yang aku suka pasal bf aku tu sebab dia tak merokok! nyaman hidup aku tanpa asap rokok. Im the lucky one! Bf aku bukan jenis lelaki yang sosial.. dia lebih suka stay di rumah bila after balik dari keja. tak macam orang lain tu lepak-lepak tak tentu arah buat apa? issshhh bf sapa la mcm tu :( takpa la korang.. teruskanlah hidup seperti itu.. hidup korang jugakan.. Masing-masing kita jaga tepi kain sendiri ( tau takpe ) Hmmm, kami kalau kuar dating tak lah 100% harap bf aku ja spent semua benda.. kitaorang ganti-ganti spent.. baru adil kan? kalau ada benda yang aku nak beli pun, aku beli sendiri ok! This is for your information.. mentang-mentang ada bf yg bekerja, jadi kena harap dia saja la beli barang-barang untuk kita?? absolutely wrong!!! ada benda yang bf boleh spend kita juga.. itu biasalah kan.. lumrah dunia.. jangan pula kamu bilang sama aku kamu nggak pernah di belikan something oleh pacar kamu ya.. gunting lidah tu cakap bohong! Heheheee =P

Dan aku pula yang memang kuat shopping, pasrah sajalah kena temanin aku round the whole shopping mall. Dari kedai besar sehinggalah ke kedai yang kecil.. Tapi bf aku memang dah faham aku camana. aku ney tak mudah tertarik/terus beli kalau benda tu aku tak minat sangat. Biarla berapa shopping mall sudah kami round tapi kalau memang belum ada benda yang memikat hatiku, tak akan ada lah aku beli. Tapi kalau dah jumpa yang menarik even harga mahal sekali pun aku tetap beli.. tapi 50/50 la minta spend bf. Separuh aku bayar, separuh lagi dia tolong bayar. Tapi percaya ka kamu? duit yang dia ter-spent untuk keperluan diri aku sendiri, kemudian aku akan bayar semula sama dia.. Kira macam aku pinjam duit dia la kan then bila aku ada duit aku bayar semula. macam itu lah kisah hubungan kami. Give and take! like people said 'sharing is caring'..

Bf aku kalau siang hari and tym working hours memang busy. kadang-kadang aku sakit hati juga bila dah promise something tapi suddenly break the promise.. bagitau ada meeting la.. ada keja yang still need to check la.. hmm, memang sakit hati.. tapi aku marah sekejap ja pastu terima lah kenyataan yang memang bf aku tu busy.. Weekends pun kena turun keja juga kalau ada yang belum beres.. sometimes kalau ahad tu after jam12 baru boleh kuar dating sekiranya pagi ahad tu still ada keja yang harus di ngecek. Dolu-dolu dia tak lah se-busy itu.. sekarang jangan cakap. Apply cuti pun susah! Tapi harus kena terima situasi seperti itu..

Hmmm, nak cakap apa lagi ekk..? Ok! kami kalau dating benda utama yang harus kami dahului ialah MAKAN! Hahahaha.. FYI, both of us memang kuat makan. kami suka makan kat Mcd and KFC kalau fast food laa.. Tapi kalau makanan lain mana-mana pun boleh.. kami suka cuba semua jenis makanan tak kira murah @ mahal.. yang pasti kami tetap lantak! Sekali order, boleh mencecah ratus ringgit, huhuhu.. memang dalam fikiran korang kami ney membazir, kan? Nope! Totally wrong! kami makan selalu mesti licin tau.. Habis kesemuanya... sisa makanan sajalah yang tinggal =P
Bf i kuat makan tapi tak pandai gomuk pun! Korang ada suggestion tak camana nak gomukkan badan?? Kalau ada, share-share la yer. I pula takut gomuk tapi makan tak pernah nak kurang.. melebih-lebih ja setiap kali mau makan.. haihhhh nafsu-nafsu. Dah lah jeans pon dah sempit-sempit. terpaksa pakai legging jer untuk rasa lebih selesa untuk bergerak.. Kalau nak suruh i diet memang tak boleh lah.. lagipun aku ada gastrik so tak boleh makan yang simple-simple..

Dan benda lain yang akan kami lakukan bila dating day ialah pergi menyanyi..yuhuuuu! bf i sodap suara..heee.. betul.. Suka dengar dia nyanyi lagu om puti. Bf aku pula suka kalau aku nyanyi lagu dusun..hahahaha.. After that kami tengok movie kalau ada best, main games.. begitu sajalah aktiviti kami setiap kali dating.. Kecuali kalau dah bosan sangat baru jalan-jalan kat luar. bosan kan hari dating kami? Tapi kami suka.. Kami happy luangkan masa seperti itu daripada buat benda yang tak bagus kan ;p
Bf aku pun pandai masak tau.. dulu tym aku sakit dan langsung tak ada selera nak makan then he knew me suka makan ikan basung, dia hantar kat ruma. bagi aku makan. Even hanya ada nasi + limau lada + ikan basung ja, tapi itu yang buat aku berselera... Percaya ka anda? Aku boleh habiskan 8-10ekor ikan basung sekali makan tau.. Tak percaya, tanya laa bf aku =P
Tapi aku paling suka makan nasi goreng ikan bilis bf aku + dengan telur banyak-banyak.. phewwww... sangat marvellous!!! Tapi dia pula suka makan daging black pepper aku.. tapi dah lama tak masak untuk dia.. Bz! Next tym, sure!

Tambahan lagi, bf aku tuu memang pandai speaking om puti.. dia jadi translator aku. Aku pula lembab kalau speaking-speaking ney.. Boss-boss @ rakan sekerja dia selalu speaking kalau cakap dengan dia di telefon.. Bf aku juga pandai cakap ala-ala orang kehel gitu sebab dolu bf aku study kat UTM.. So no wonder la kan pandai cakap kalau dah bertahun-tahun kat kehel tuuu.. (kembang laa u kan darling i puji-puji u.. tapi memang betul apa.. )
Macam-macam lagi la bf i boleh buat.. Nanti i share lagi.

Apalagi ya?? Ok aku nak share photo-photo sambutan monthly anniversary kami.. Enjoy~~

P/s Dah pukul 2.27am time ney.. baru siap blogging. pagi nanti ada kelas lagi jam10. have a nice day!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Me ! Like Kalau Suka ! ♥