Wednesday, April 13, 2011

Tentang kami - Part 1

Orang kata kalau couple lama-lama, kita akan jadi bosan.. yeke? tapi aku tak setuju dengan orang yang berkata sedemikian.. mungkin orang yang berfikiran seperti itu tak mengerti apa itu rasa kasih dan sayang.. atau trauma kot? never mind laa.. dia-dia la kan.. kita-kita lah.. aku boleh la di katakan dah lama together dgn bf aku tu, tapi so far ok jer pon.. no hal.. makin lama makin sayang pula.. makin kita kenal lama pasangan kita makin kita tahu baik buruk tentang pasangan kita dan kita boleh belajar menerima kekurangan pasangan kita.. bak kata pepatah om poti 'NOBODY IS PERFECT!' right?

Bf aku baik sama aku.. dan sangat-sangat la caring about me.. betul.. tak tipu punya.. watpa nak tipu kan? Lagi tak pernah dia cakap kasar dengan aku.. apatah lagi nak marah.. Bf i penyabar orangnya yet sometimes kalau ada yang aku buat dia sakit hati, memang akan hilang sabar la.. manusia.. biasalah ada had kesabaran juga. betul tak? Kalau aku marah, bf aku selalu pujuk eventhough terang-terang memang aku yang salah.. tapi bf aku kalau boleh nak pikul semua kemarahan aku.. he so kind to me!

Lagi satu yang aku suka pasal bf aku tu sebab dia tak merokok! nyaman hidup aku tanpa asap rokok. Im the lucky one! Bf aku bukan jenis lelaki yang sosial.. dia lebih suka stay di rumah bila after balik dari keja. tak macam orang lain tu lepak-lepak tak tentu arah buat apa? issshhh bf sapa la mcm tu :( takpa la korang.. teruskanlah hidup seperti itu.. hidup korang jugakan.. Masing-masing kita jaga tepi kain sendiri ( tau takpe ) Hmmm, kami kalau kuar dating tak lah 100% harap bf aku ja spent semua benda.. kitaorang ganti-ganti spent.. baru adil kan? kalau ada benda yang aku nak beli pun, aku beli sendiri ok! This is for your information.. mentang-mentang ada bf yg bekerja, jadi kena harap dia saja la beli barang-barang untuk kita?? absolutely wrong!!! ada benda yang bf boleh spend kita juga.. itu biasalah kan.. lumrah dunia.. jangan pula kamu bilang sama aku kamu nggak pernah di belikan something oleh pacar kamu ya.. gunting lidah tu cakap bohong! Heheheee =P

Dan aku pula yang memang kuat shopping, pasrah sajalah kena temanin aku round the whole shopping mall. Dari kedai besar sehinggalah ke kedai yang kecil.. Tapi bf aku memang dah faham aku camana. aku ney tak mudah tertarik/terus beli kalau benda tu aku tak minat sangat. Biarla berapa shopping mall sudah kami round tapi kalau memang belum ada benda yang memikat hatiku, tak akan ada lah aku beli. Tapi kalau dah jumpa yang menarik even harga mahal sekali pun aku tetap beli.. tapi 50/50 la minta spend bf. Separuh aku bayar, separuh lagi dia tolong bayar. Tapi percaya ka kamu? duit yang dia ter-spent untuk keperluan diri aku sendiri, kemudian aku akan bayar semula sama dia.. Kira macam aku pinjam duit dia la kan then bila aku ada duit aku bayar semula. macam itu lah kisah hubungan kami. Give and take! like people said 'sharing is caring'..

Bf aku kalau siang hari and tym working hours memang busy. kadang-kadang aku sakit hati juga bila dah promise something tapi suddenly break the promise.. bagitau ada meeting la.. ada keja yang still need to check la.. hmm, memang sakit hati.. tapi aku marah sekejap ja pastu terima lah kenyataan yang memang bf aku tu busy.. Weekends pun kena turun keja juga kalau ada yang belum beres.. sometimes kalau ahad tu after jam12 baru boleh kuar dating sekiranya pagi ahad tu still ada keja yang harus di ngecek. Dolu-dolu dia tak lah se-busy itu.. sekarang jangan cakap. Apply cuti pun susah! Tapi harus kena terima situasi seperti itu..

Hmmm, nak cakap apa lagi ekk..? Ok! kami kalau dating benda utama yang harus kami dahului ialah MAKAN! Hahahaha.. FYI, both of us memang kuat makan. kami suka makan kat Mcd and KFC kalau fast food laa.. Tapi kalau makanan lain mana-mana pun boleh.. kami suka cuba semua jenis makanan tak kira murah @ mahal.. yang pasti kami tetap lantak! Sekali order, boleh mencecah ratus ringgit, huhuhu.. memang dalam fikiran korang kami ney membazir, kan? Nope! Totally wrong! kami makan selalu mesti licin tau.. Habis kesemuanya... sisa makanan sajalah yang tinggal =P
Bf i kuat makan tapi tak pandai gomuk pun! Korang ada suggestion tak camana nak gomukkan badan?? Kalau ada, share-share la yer. I pula takut gomuk tapi makan tak pernah nak kurang.. melebih-lebih ja setiap kali mau makan.. haihhhh nafsu-nafsu. Dah lah jeans pon dah sempit-sempit. terpaksa pakai legging jer untuk rasa lebih selesa untuk bergerak.. Kalau nak suruh i diet memang tak boleh lah.. lagipun aku ada gastrik so tak boleh makan yang simple-simple..

Dan benda lain yang akan kami lakukan bila dating day ialah pergi menyanyi..yuhuuuu! bf i sodap suara..heee.. betul.. Suka dengar dia nyanyi lagu om puti. Bf aku pula suka kalau aku nyanyi lagu dusun..hahahaha.. After that kami tengok movie kalau ada best, main games.. begitu sajalah aktiviti kami setiap kali dating.. Kecuali kalau dah bosan sangat baru jalan-jalan kat luar. bosan kan hari dating kami? Tapi kami suka.. Kami happy luangkan masa seperti itu daripada buat benda yang tak bagus kan ;p
Bf aku pun pandai masak tau.. dulu tym aku sakit dan langsung tak ada selera nak makan then he knew me suka makan ikan basung, dia hantar kat ruma. bagi aku makan. Even hanya ada nasi + limau lada + ikan basung ja, tapi itu yang buat aku berselera... Percaya ka anda? Aku boleh habiskan 8-10ekor ikan basung sekali makan tau.. Tak percaya, tanya laa bf aku =P
Tapi aku paling suka makan nasi goreng ikan bilis bf aku + dengan telur banyak-banyak.. phewwww... sangat marvellous!!! Tapi dia pula suka makan daging black pepper aku.. tapi dah lama tak masak untuk dia.. Bz! Next tym, sure!

Tambahan lagi, bf aku tuu memang pandai speaking om puti.. dia jadi translator aku. Aku pula lembab kalau speaking-speaking ney.. Boss-boss @ rakan sekerja dia selalu speaking kalau cakap dengan dia di telefon.. Bf aku juga pandai cakap ala-ala orang kehel gitu sebab dolu bf aku study kat UTM.. So no wonder la kan pandai cakap kalau dah bertahun-tahun kat kehel tuuu.. (kembang laa u kan darling i puji-puji u.. tapi memang betul apa.. )
Macam-macam lagi la bf i boleh buat.. Nanti i share lagi.

Apalagi ya?? Ok aku nak share photo-photo sambutan monthly anniversary kami.. Enjoy~~

P/s Dah pukul 2.27am time ney.. baru siap blogging. pagi nanti ada kelas lagi jam10. have a nice day!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Me ! Like Kalau Suka ! ♥

No comments: