Monday, September 19, 2011

MR.LOVEY DOVEY

Hi..Hello..

Korang semua yang belum tido tu tengah buat apa sekarang?? FB? Watching television? Play Games?? reading novel?? Blogging?? And surely saya sedang ``berblogging`` di tengah malam.

Haih..Tak tau la kenapa selalu saja update blog tengah2 malam @ pagi2 buta @ menjelang dinihari..Wassup ah? Semuanya pasal ``insomnia` la. Penyakit susa mau tido. Mata terkebil-kebil..tak pandai nak tutup. Orang lain dah bermimpi, dah berliur.. Saya pula masih menekan keypad lappy pinky lenovo saya ney. Daripada terkebil sana, terkebil sini, bagus saya bercerita..

Ok! Entry tengah malam ney saya nak story mory tentang buah hati pengarang jantung saya. Eh, si Mr Lovey Dovey dah tiduran seawal jam11 tadi kot kalau tak silap. Dya cakap penat cuci kain cox selalunya hantar pegi dobi saja.kali ney dya cuci sendiri..Kenapa cuci sendiri?? Sebab we tak ngedate! HA HA HA.

Mr lovey dovey adalah nama baru yang saya khaskan untuk dya. Entah? apa maksudnya..saya sembarang saja guna pakai cox nampak unik jer nama tu..lantaklah..:-) Hurm, weekend ney we tak kuaq ngedate. cox cuti last friday dah ngedate. Cukuplah tu. Rindu di hati dah terubat..ngeh ngeh ngeh..=P


Korang tau tak?? mestilah tau,kan.. saya sayaaaanggg sangat kat dya. Sayang yang dah bertahun-tahun tak ada pengganti..dan tak akan ada yang bisa menggantikan kasih sayang yang dya berikan kepada saya. Kalau saya kehilangan dya mungkin...?? emm mungkin hidup saya akan menjadi `complicated` tanpa dya. Hidup saya..hari-hari saya dah terbiasa dengan adanya dya di sisi saya. Bila saya perlukan dya, dya sentiasa ada untuk saya. Bila saya kelaparan, dya sentiasa beri saya makan. Bila saya haus, dya beri saya minum. Semua dya sanggup lakukan untuk saya. ``Janji u happy..`` itulah kata dya setiap kali saya tanya `kenapa u baik sangat sama i?`

Kita kenal beberapa tahun yang lepas. Tapi kami in love belum genap 3tahun..lagi sebulan lebih, genaplah 3years. Sejak mula kenal dya dan sampailah sekarang sikap dya, layanan dya terhadap saya langsung tak pernah berubah. Malah dya semakin pandai melayan karenah saya yang cerewet, yang mudah merajuk, cepat marah..dan macam-macam lagilah. That's means dya semakin mengenali diri saya yang sebenar. Baik buruk saya semua dya boleh terima. Saya rasa bahagia sangat!!! saya pula?? apa yang saya dah buat untuk bahagiakan diri dya?? entahlah..saya pun tak tahu..selagi dya happy bersama saya, maksudnya saya pun dah lakukan yang terbaik untuk dya..Korang rasa begitukah??

Nak tau tak apa yang buat saya respect sangat dengan mr lovey dovey saya ney?
Because dya tak merokok, tak minum minuman keras, tak suka melepak/keluaq malam tak tentu pasal (kecuali dengan saya) dan macam-macam lagilah benda yang dya tak buat tetapi lelaki di luar sana buat (yang buang masa/benda tak bagus). Itu buat saya sangat teruja bersama dya. Dya lain daripada lelaki yang lain. Dya lebih suka seharian di rumah main game, tengok movie's daripada keluaq. Kalau keluaq rumah pon bila betul-betul ada urusan rasmi saja. Itu pun ajak saya keluaq sekali.

Ramai kawan-kawan saya yang terpedaya bila melihat wajah si mr lovey dovey. Dorang semua fikir dya `chinese`. Lol...hehehe.. Dan nak dijadikan cerita, bila kami kuaq jejalan di mana2 la..shopping mall ka macam tu, mesti ada jer orang cina yang sesat jalan direct bertanya in chinese. Agak-agaklah! HA HA HA. ney terus serbu orang cakap cina. Kita faham pon nda. Nta apo-apo ntah la.. So dengan selamba si mr lovey dovey cakaplah ``sorry sir..sorry miss..sorry madam..im not chinese``. hik hk hik.. Lepas tu berhamburanlah ketawa kami..kah kah kah..Dah banyak kali benda begitu berlaku..lama-lama dah terbiasa bila ada saja orang cina datang bercakap/bertanya something sama bf saya. Derh! Layan sajalah...

Oh, bf saya bijak..pandai..otak geliga..semua dya pandai..hehe..Kalau ada yang saya tak faham bahasa english, saya direct cari dya and ask him the translation. Buat apa susah2 carik kamus kan kalau di depan mata kita ada penterjemah, hehehe..itu kalau kebetulanlah ada dya. kalau tak, paksa juga buka kamus. Kalau buat assignment pon, dya la jadi rujukan saya. saya selalu minta idea dari dya dan dya mesti tak pernah mengecewakan saya dengan memberi idea-idea yang bernas. Dan akhirnya setiap kali exam mesti dapat gred A. Semua tu hasil tunjuk ajar dya. Orang cakap saya pandai english, tapi sebenarnya masih banyak yang saya tak tau..I'm still lerning..Kalau saya pandai, mesti saya jadi teacher english kan?? watpa nak jadi guru kaunseling @ kaunselor.. kan..kan..kan?? Eh taklah. dah itu course yang kita dapat, terima sajalah. Mungkin itulah yang terbaik buat kita.

Lagi satu, bf saya ney jenis yang tak minat nak pakai handphone canggih-canggih..he's really simple and ordinary person. Orang lain pakai smartphone..macam saya pakai blackberry..hehehe. bf saya pula pakai hp yang biasa-biasa saja. setakat touch screen yang biasa2 saja. tak adalah pakai blackberry, android, iphone, ipad. Entahlah bila dya nak beli smartphone. Kita tunggu sajalah.. Satu masa nanti akan terbukalah hati dya mau pakai hp yang mahal-mahal..Uhuk =P

Emm nak citer apa lagi erkk?? dah sejam saya melalut.. nasib baik dya dah tido. kalau tak mesti saya kena suru ``shut down``.. HA HA HA. Haih, mata saya tak mengantuk lagi. Lol, camana nak ngantuk kalau setengah hari buat taik mata. Ney la kejadian kalau dok diam kat rumah saja. Mesti buat taik mata..buat air liur..uweeeekkkkk!! So disgusting..yay!

ok ini lain citer dah. Bukan pasal si mr lovey dovey lagi.
Kalau sebelum ney, time ney mesti saya dah tido. walaupun tak mengantuk lagi tapi saya paksa juga tutup mata. kalau tak paksa tido, alamatnya akan terlewat la saya datang ke sekolah cox lambat bangun. Hurm, bila tercakap pasal `sekolah` hati rasa rindu pula. Fuh! rindu dengan mereka semua yang kerap mengunjungi diri ini semasa berada di sekolah. Rindu yang teramat sangat! Tak bolehkah putarkan kembali waktu hari pertama menjejakkan kaki untuk praktikal..? saya nak ke sekolah lagi...!! Eh ngada betul laaa! Sudah2 la tu aween berfantasi. kembalilah ke alam realiti.

Tik tok tik tok..kedengaran bunyi jam berdetik.. dah pukul 1.58 pagi rupanya. Saya stop sampai di sini dululah..kalau saya still tak boleh tido, so apa yang saya akan buat ialah baca novel..lama-lama ketiduranlah saya. sampai lampu pon tak ter-OFF..huhuhu..

Ok, nanti berjumpa kembali di entry seterusnya..Oopppps, terlupa nak share. Blog saya berwajah baru. Kembali ke warna asal blog saya. PINK sudah tentu menjadi pilihan hatiku. After this i dun noe apa lagi rupa blog saya.. sentiasa berubah..hehehe..tak ada keja kan..well..kekekeke..Ok i'll STOP here.

Bye! and good morning people.

P/s Hari keramat nanti nak ada bunga ros merah di rambut saya..hehehe..i loike!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Me ! Like Kalau Suka ! ♥

No comments: